NAMA: Noor Dina Mohd Tajudin
USIA: 28 tahun
LAHIR: 7 Julai 1981 di Kajang, Selangor
USIA: 28 tahun
LAHIR: 7 Julai 1981 di Kajang, Selangor
JAWATAN: Pengurus Besar Dazzle Food Sdn Bhd
PENDIDIKAN: Sekolah Rendah Convent Kajang; Sekolah Menengah Convent Kajang; Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Usahawan daripada Universiti Tenaga Nasional (Uniten)
ANUGERAH: Anugerah Petani dan Usahawan Koko Jaya 2008 Peringkat Kebangsaan Kategori Usahawan Koko Jaya (Coklat Jaya) daripada Lembaga Koko Malaysia; Anugerah Industri Koko 2008 Kategori Usahawan Coklat
ADIK-BERADIK: Anak ketiga daripada empat beradik
ADA yang istimewa pada gadis ini apabila sentuhannya begitu menjadi. Bermula daripada dua jenis coklat atau produk pada 2005, ia kini bertambah kepada 15 jenis.
Malah, dalam tempoh cuma empat tahun beroperasi, Pengurus Besar Dazzle Food Sdn Bhd, Noor Dina Mohd Tajudin, 28, berjaya memperoleh dua anugerah, termasuk di peringkat kebangsaan.
Menariknya, anak ketiga daripada empat beradik itu tiada sedikitpun pengalaman membuat coklat, namun berkat kecekalan dan keyakinan, semuanya bagaikan ‘alah bisa tegal biasa’, bagi dirinya.
“Sebenarnya, emak yang mulakan bisnes coklat ini di rumah dan secara kecil-kecilan. Selepas tamat belajar di Uniten pada 2004, saya bekerja dua tahun di sebuah bank.
“Selepas itu, terfikir mengapa saya tidak bantu emak dengan mengkomersialkan produk ini. Jadi, pada 2006, saya berhenti kerja di bank dan fokus pada perniagaan ini,” katanya.
Sejak itu, gadis manis ini bermula setapak demi setapak. Pelbagai kursus dan seminar disertainya semata-mata mahu mengetengahkan jenama Dazzle di pasaran tempatan.
Katanya, bukan mudah untuk meyakinkan orang ramai dan kerana itu dia tidak kisah mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit demi memastikan produk keluarganya mendapat sambutan.
“Untuk meletakkan coklat ini di kedai bukan mudah, saya beri rasa dulu. Pada awal berniaga, saya hampir putus asa apabila sukar mencari pasaran. Hantar ke kedai, coklat jadi keras, nak bayar gaji pekerja juga sukar,” katanya yang kini memiliki lima kakitangan.
Menurutnya, sejak berniaga, hampir RM500,00 dilaburkan sama ada menggunakan wang sendiri mahupun pinjaman. Meskipun berjawatan Pengarah Urusan, Noor Dina melakukan semua kerja — daripada membuat coklat, mengambil tempahan, mencari pasaran sehingga menyertai pameran.
Malah, ketika menemuinya minggu lalu, dia sibuk melayan pelanggan yang mengunjungi kedainya di Taman Langat Ceria, Hulu Langat, Selangor untuk membeli coklat.
“Beginilah rutin harian saya setiap hari,” katanya yang kini mampu menyewa lot bangunan tiga tingkat.
Ada pelbagai jenis coklat dihasilkan Noor Dina, antaranya coklat pralin (berinti kacang), coklat feeling (coklat berinti) dan coklat bar yang berharga antara RM0.70 hingga RM45.
Coklat jenama Dazzle kini dipasarkan di sekitar Lembah Klang selain Sabah, Sarawak, Perak dan Melaka.

No comments:
Post a Comment