Saturday, May 21, 2011

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

Tarikh: 10 Mei 2011

Sk. Convent Kajang telah dicalonkan buat kali ke-2 dalam Anugerah SBT, Band 1 peringkat Kebangsaan.

Jemaah Nazir akan membuat pemantauan dan penilaian bermula 1 Julai 2011 hingga 30 Julai 2011.

Sekiranya mendapat pengiktirafan, sekolah bakal dianugerahkan RM700,000 yang bertujuan untuk penambahbaikan prasarana dan berbagai aktiviti murid.

============================================

Maklumat tambahan yang diperlukan sekolah untuk markah Bonus:

1. Maklumat Bekas Pelajar (alumni):

- Rujuk borang Personaliti Unggul (bekas pelajar hingga tahun 1990)

2. Maklumat penyertaan murid

- penyertaan murid (tahun 1 hingga 6) dalam aktiviti anjuran sekolah, kolej, universiti, agensi luar di peringkat Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa dalam semua bidang.


Sila serahkan maklumat ke pejabat sekolah waktu pejabat (8.00pagi - 5.00ptg) atau email ke
office@skconventkjg.edu.my

Maklumat ini adalah keratan dari INFO SEKOLAH.

===============================

SK Convent Kajang baru sahaja menerima Guru Besar baru iaitu Puan Khatijah Bt Yusof.
Selamat bertugas Puan Khatijah.

Puan Khatijah pernah bertugas sebagai Guru Besar di SK Jalan Enam, Bandar Baru Bangi

Thursday, May 19, 2011

INFO SEKOLAH 3/2011

1. GOTONG ROYONG JOM CERIA

14 mei 2011 - 7.45 pagi hingga 12.05 tghari

Ibu bapa digalakkan menyumbang pokok bunga Orkid atau Ixora (jejarum).


2. HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

16 mei 2011
pakaian baju sukan


3. TEMASYA SUKAN SEKOLAH

25 JUN 2011 Sabtu
7.30 pagi - 12.00 tghari
baju sukan...

*ibu bapa dijemput hadir