Monday, December 17, 2012

Rayuan ke SMKA/KAA PPD Selangor

Contoh Borang seperti di link

http://panitiapihs.blogspot.com/2010/12/borang-rayuan-smka-atau-kaa.html

Tarikh tutup rayuan tahun 2012 ialah pada 21 Disember 2012.

Semakan Tawaran ke SPB

Rujuk http://www.sekolahmalaysia.com/

Sukacita dimaklumkan bahawa semakan tawaran ke Tingkatan 1 (SATU) ke Sekolah Kawalan di bawah Jabatan Pelajaran Negeri (Sekolah Kawalan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(SMKA)) Ambilan Januari 2013 bagi murid-murid Tahun 6 Sesi 2012 (kecuali permohonan dari negeri Perak) boleh dibuat melalui sistem online Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) bermula pada 17 Disember 2012 selepas jam 2.30 petang hingga 31 Disember 2012. Sila layari Laman Web http://parents.sekolahmalaysia.com untuk membuat semakan. Semakan melalui sms juga disediakan dengan menaip MOE KWLAngka Giliran UPSR (contoh: MOE SKWL AG9999999) kemudian SMS ke 15888 mulai 17 Disember 2012 selepas jam 2.30 petang hingga 24 Disember 2012.

Untuk semakan tawaran ke Tingkatan 1 (SATU) ke Sekolah Kawalan di bawah Jabatan Pelajaran Negeri untuk Kelas Kawalan, Kelas Rancangan Khas (KRK) dan Kelas Aliran Agama (KAA) Ambilan Januari 2013, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) masing-masing untuk maklumat lanjut.

Sunday, November 4, 2012

Semak keputusan Ujian/Akhir Tahun Anak Anda (SK & SMK) secara online tahun 2011 & 2012

http://beritasemasa.com/keputusan-upsr-2012

SEMAK SEMUA UJIAN/PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN ANAK ANDA DI SINI!
DI laman web SAPS

Bagi Sekolah Rendah sistem ini hanya menyediakan semakan bagi darjah 3 dan ke atas.
manakala bagi Sekolah Menengah ia hanya menyediakan semakan bagi Peralihan dan Tingkatan 2 dan ke atas.


Semakan Keputusan UPSR 2012 Keputusan UPSR 2012 Secara Online @ SMS 8 November 2012!!

Keputusan dari awal UJIAN 1 (Mac), Peperiksaan Tengah Tahun dan peperiksaan Akhir Tahun untuk tahun 2012 dan juga tahun 2011.

Lihat pencapaian anak anda dan juga perkembangan mereka dari satu tahap ke tahap lain.

Hanya masukkan no IC dan rekod semakan tahun 2011 atau 2012! Mudah bukan....

===================================================


Keputusan UPSR 2012 : Kalau pada tahun 2011, tarikh keputusan UPSR 2011 jatuh pada hari Sabtu 17 November 2012. Seperti biasa, menunggu saat UPSR memeng mendebarkan bagi setiap calon UPSR. Berdasarkan maklumat yang kami perolehi, semakan keputusan UPSR 2012 kali ia akan diumumkan pada hari Khamis ini iaitu 8 November 2012. 
Semakan keputusan UPSR 2012 boleh diambil di sekolah masing-masing pada hari yang telah ditetapkan. bagi kemudahan calon dan keluarga, semakan juga boleh dibuat dengan menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) ataupun secara online

Semak Keputusan UPSR Secara Online

Semak Online Keputusan Peperiksaan UPSR Kini anda boleh membuat semakan secara online. SAPS telah menyediakan satu lagi kemudahan yang membolehkan pihak ibubapa melihat prestasi peperiksaan pencapaian anak mereka. Sila klik menu pilihan di sebelah kiri dan masukkan ID pelajar di laman web SAPS, pilih jenis peperiksaan dan jenis laporan.


Semakan Keputusan UPSR 2012 Keputusan UPSR 2012 Secara Online @ SMS 8 November 2012!!
  1. Pergi ke laman web SAPS, saps.moe.gov.my
  2. Klik butang Semakan Ibu Bapa yang berwarna merah.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.

Semak Keputusan UPSR Secara SMS 

  1. Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
  2. Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888

Monday, October 1, 2012

Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh 2012

1. Permohonan bermula 15 Sept - 15 Oct 2012
Perlu hantar salinan borang ke sekolah 3 hari sebelum tarikh tutup iaitu 12 oct 2012

2. Layari www.moe.gov.my

Di bahagian e-perkhidmatan, rujuk Sekolah Berasrama Penuh
http://parents.sekolahmalaysia.com/

Masukkan Angka Giliran UPSR anak anda dan No K/P ibu,bapa atau penjaga

Sebarang masalah, hubungi pihak sekolah yang akan mengemaskini maklumat murid dan ibu-bapa.

3. Prosedur:

a) buat permohononan secara online
b) buat 3 cetakan untuk pihak sekolah
c) sediakan salinan borang+sijil+dokumen


Senarai SBP dibawah KPM: rujuk http://muatturun.sekolahmalaysia.com/MANUALPERMOHONAN-IBUBAPA.pdf

Thursday, September 6, 2012

Jadual UPSR 2012

Selasa
11 Sept 2012

8:15-9:05pagi  BM Pemahaman (Objektif)

9:45-11:00pagi BM Penulisan (Subjektif)

11:45-12:25 tgh  Matematik K2 (Subjektif)


Rabu
12 sept 2012

8:15-9:15pagi Matematik K1 (Objektif)

9:55-10:45pagi Bahasa Cina/Bahasa Tamil (Objektif)

11:45-1:00 tgh Bahasa Cina/Bahasa Tamil Penulisan  (Subjektif)


Khamis
13 Sept 2012


8:15-9:30pagi  Science (Objektif & Subjektif)

10:15-11:05pagi B.Inggeris K! (Objektif)

11:45-1:00 tgh  B.Inggeris K2 (Subjektif)


2:30 - 4:00ptg Ujian Aptitud

Tuesday, July 31, 2012

Ujian Saringan Permata Pintar UKM2

Berikut jadual ujian saringan bagi Program PERMATA pintar UKM:

Nama Ujian
Tarikh/Bulan
Tempat
Tindakan
Ujian Saringan Permata Pintar UKM1
1 Feb hingga 30 April 2012
Sek masing-masing
Guru ICT,Guru Besar dan Pengetua
Ujian Saringan Permata Pintar UKM2
Jun hingga Ogos 2012 ( secara berperingkat-peringkat )
Pusat ujian akan dimaklumkan
JPNS,UKM,KPM
Program Perkhemahan Cuti Sekolah Permata Pintar
Cuti Akhir Tahun
( Nov – Dis 2012 )
UKM,BANGI
JPNS,UKM,KPM
Ujian Permata Pintar UKM3
Cuti Akhir Tahun
( Nov – Dis 2012 )
UKM,BANGI
JPNS,UKM,KPM


 Maklumat lanjut, sila layari http://www.permatapintar.edu.my
 
Difahamkan sekurang-kurangnya 2 murid tahun 6 SKCK telah berjaya ke saringan ke-2 yang akan diadakan pada 8 Ogos 2012 ini.

Semoga Berjaya!


Monday, July 9, 2012

UJIAN APTITUD SEKOLAH RENDAH (UASR) BAGI MURID TAHUN ENAM




UJIAN APTITUD SEKOLAH RENDAH (UASR) BAGI MURID TAHUN ENAM

Latar Belakang
Apakah Ujian Aptitud Sekolah Rendah?
Apakah tujuan UASR?
Apakah yang diukur oleh UASR ?
Apa beza UASR dan Ujian Pencapaian?
Bagaimana format UASR ?
Siapakah kumpulan sasaran pertama UASR?
Bilakah UASR dilaksanakan?
Bagaimana UASR dilaporkan?
Cadangan & Kesimpulan

UPSR:
satu mekanisme untuk melaporkan pencapaian murid dalam pembelajaran di sekolah rendah

digunakan juga sebagai kaedah pemilihan ke SBP dan sekolah-sekolah lain seumpamanya

Persoalan:
Adakah UPSR sesuai untuk memilih murid ke sekolah-sekolah yang khusus seperti Sekolah Sukan, Sekolah Seni, Sekolah aliran Agama dan sebagainya?

Persoalan:
Bolehkah UPSR meramal kejayaan murid dalam bidang- bidang tertentu?

Pemilihan murid harus mengambil kira kebolehan am, minat dan kecenderungan, bakat, serta potensi murid untuk berjaya dalam bidang-bidang berkenaan

Mahukah kita ubah senario dalam sistem pendidikan kita?

1. Murid berlumba-lumba mendapatkan sebanyak mungkin A dalam peperiksaan tanpa memahami kekuatan dan potensi
2. Guru berlumba-lumba untuk menghabiskan sukatan pelajaran tanpa mengenali dan memahami
keperluan dan potensi murid
3. Ibu bapa berlumba-lumba untuk membandingkan bilangan A yang diperoleh anak masing-masing tanpa
mengenali dan memahami kekuatan dan potensi sebenar anak
4. Kertas ujian dan keputusan UPSR dianggap amat berharga; menjadi buruan kerana melibatkan peluang ke sekolah terpilih

Apa yang mewajarkan perubahan?
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

TUMPUAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi (kapasiti) individu secara menyeluruh dan bersepadu

MISI KEMENTERIAN PELAJARAN

Menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi Malaysia
( Misi Nasional )

KURIKULUM KEBANGSAAN

Selari dengan falsafah dan objektif pendidikan kebangsaan KBSR diperkenalkan pada 1983 dan KBSM pada 1988; pentaksiran dilihat dari perspektif yang lebih luas. Pentaksiran dianggap sebagai sebahagian daripada kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, memainkan peranan dalam proses pemilihan, akauntabiliti, pemulihan, diagnostik, bimbingan, dan penentuan keperluan pembangunan pendidikan.

Apa yang mewajarkan perubahan?
PIPP (2006-2010)Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010

Lembaga Peperiksaan sebagai agensi pelaksana untuk memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik

Teras Kedua: Membangunkan Modal Insan
Sistem pentaksiran dan penilaian yang lebih holistik
Pendekatan pentaksiran berasaskan sekolah

Teras Keenam: Melonjakkan Institusi Pendidikan
Merintis perubahan dan pembaharuan
Fokus dan strategi pelaksanaan dengan melaksanakan projek rintis

Untuk membuat perubahan…

Kita perlu bercakap juga tentang keperluan mendesak untuk segera menginsankan pentaksiran dalam pendidikan agar proses pembentukan modal insan menjadi lebih berkesan.

Insan

Kepelbagaian:

Pelbagai dimensi
Pelbagai kebolehan / keupayaan
Pelbagai minat
Pelbagai bakat
Pelbagai personaliti
Pelbagai perasaan
Pelbagai pilihan
Pelbagai kemahiran
Pelbagai budaya dan kepercayaan
Pelbagai kaedah

Bagaimana berubah?
KURANGKAN KEBERGANTUNGAN KEPADA GRED ; SKOR DARIPADA PEPERIKSAAN (e.g. UPSR) Jangan jadikan satu-satunya indikator kebolehan murid

Bagaimana berubah?
PERKENALKAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK UNTUK MENGUMPUL DATA DAN MAKLUMAT DIRI MURID (PERSONALITI DAN POTENSI) YANG BOLEH MEMBANTU PEMBELAJARAN

LATAR BELAKANG
Saranan KPPM:

adakan satu ujian pemilihan murid ke Tingkatan Satu

Tindakan

LPM mencadangkan:

Ujian Aptitud Sekolah Rendah

Apakah Ujian Aptitud Sekolah Rendah?
Apakah tujuan UASR?
Apakah yang diukur oleh UASR ?
Apa beza UASR dan Ujian Pencapaian?
Bagaimana format UASR ?
Siapakah kumpulan sasaran pertama UASR?
Bilakah UASR dilaksanakan?
Bagaimana UASR dilaporkan?
Kesimpulan

Apa itu Ujian Aptitud Sekolah Rendah?
Sejenis ujian psikometrik (ujian yang mengukur trait psikologi seperti kebolehan am, potensi, personaliti)

Ujian yang mengukur potensi murid sekolah rendah untuk berjaya dalam pembelajaran yang akan dilaluinya di masa hadapan mengikut kebolehan, minat dan kecenderungan

Ujian yang mampu meramalkan kejayaan murid dalam program pembelajaran yang dirancang khusus untuk mereka

Satu alat pentaksiran alternatif yang boleh digunakan untuk tujuan pemilihan


Tujuan Ujian
Untuk mendapat data bagi tujuan pemilihan murid-murid yang layak memasuki program khusus pendidikan seperti SBP, Sekolah Sukan, Sekolah Seni, Sekolah Men Agama dan tujuan pemilihan yang lain.

Konstruk yang diukur

Meliputi potensi intelek yang diwakili oleh:

Kemahiran Berfikir
Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan
Minat, Kecenderungan dan
Kesediaan

Apa bezanya?
Ujian Pencapaian mengukur setakat mana murid telah menguasai pembelajaran (menoleh ke belakang)

Ujian Aptitud mengukur potensi murid untuk berjaya dalam pembelajaran
(memandang ke depan)

Ujian Pencapaian merujuk kurikulum

Ujian Aptitud tidak memerlukan kurikulum

Format Ujian
Satu kertas ujian objektif aneka pilihan mengandungi tiga Bahagian dengan 61 item. Masa - 90 minit.
Tiga bahagian adalah seperti berikut:

Bahagian I: Kemahiran Berfikir (20 item)
Bahagian II: Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan (20 item)
Bahagian III: Minat, Kecenderungan (20 item) Kesediaan (1 item)

Bahagian I: Kemahiran Berfikir

Berfikir secara verbal – kebolehan melihat hubungan antara perkara yang diwakili oleh nombor atau abjad atau perkataan atau rangkai kata dalam suatu siri, analogi atau logik.

Berfikir secara non verbal – kebolehan melihat hubungan antara beberapa objek yang diwakili oleh bentuk atau corak dalam suatu siri, analogi atau persamaan

Bahagian II: Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan

Kebolehan menyelesai masalah dalam konteks kehidupan seharian (rutin) dan juga tidak rutin berdasarkan situasi yang dicipta

Bahagian I dan II:
Bah I - Kemahiran Berfikir (20 item)
Bah II - Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan
(20 item)
4 opsyen (A, B, C, D)
Ada kunci jawapan betul

Bahagian III: (Minat, Kecenderungan & Kesediaan )
Tiada jawapan salah
Murid perlu menjawab secara jujur ikut minat, kecederungan dan kesediaan
5 opsyen: Setiap pilihan jawapan A – E memberi petunjuk minat dan kecenderungan
Item 61 tentang kesediaan murid tinggal di asrama

Contoh-contoh soalan:

Kemahiran Berfikir Secara Verbal

1. Pilih huruf yang sesuai untuk mengisi tempat kosong bertanda ( ) bagi urutan berikut:
H, K, N, Q, ( )
A P B R C S *D T

2. Jika Siang :: Malam maka Panjang ::
A Bulat B Kurus
*C Pendek D Rendah

Contoh Soalan:
Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Empat beradik Along, Angah, Uda dan Ucu membahagikan wang sebanyak RM1000 seperti berikut:
Along mendapat sebanyak jumlah wang Uda dan Ucu. Jika Angah mendapat RM400, berapakah wang yang diterima Along?

A RM150 B RM200 *C RM300 D RM600

Minat dan Kecenderungan

Antara berikut, apakah yang paling anda minati?

A Menyanyi B Memanah
C Mengaji D Membaca

Contoh Soalan: Kesediaan
Antara berikut, yang manakah pilihan anda untuk bersekolah di Tingkatan Satu?

A Tinggal di rumah dan bersekolah di sekolah berhampiran rumah anda
B Tinggal di asrama yang tidak berapa jauh daripada rumah anda
C Tinggal di asrama yang jauh daripada rumah anda
D Tinggal dan bersekolah di mana-mana sahaja


Friday, March 23, 2012

tenpin boling mss selangor 2012

tahniah...

kejohanan boling tenpin mss selangor telah selesai...

daerah petaling perdana hampir menguasai kategori bawah 18 dan bawah 15...diikuti daerah gombak dan klang.

yang pasti tahap pencapaian pelajar amat membanggakan dengan pencapaian lelaki18 avg 245 dan perempuan18 avg 229.

catatan tertinggi oleh pelajar kitty lo iaitu 278 syabas!

Monday, March 19, 2012

Kejohanan Boling Tenpin MSS Selangor 2012

Isnin - 19 Mac 2012
Bertempat di Sunway Pyramid Mega Lane, kejohanan kali ini diurus tadbir oleh Daerah Hulu Langat (Bangi, Kajang, Ampang, Cheras,Semenyih).
Kesemua daerah menghantar sekurang-kurangnya 1 pasukan(4 orang sepasukan) bagi 6 kategori iaitu P12,L12,P15,L15,P18 dan L18. Bagaimanapun ada juga daerah yg menghantar 2 pasukan bagi kategori yang sama contohnya:
P12 - Daerah Petaling Perdana menghantar 2 pasukan(4 orang X 2 = 8 Orang)
Blok pertama dan kedua selesai jam 4 petang.
Blok ke-3 ialah kategori P12 dan L12. Selepas selesai 4 games, secara keseluruhan, P12 diungguli oleh adek Anis Amirah (KLA) dengan jatuhan pin 605 (avg: 151) diikuti adek Siti Nur Aliah (KLG) 585 dan adek Amal Sofiyaah (GBK) 582.
Secara berkumpulan, pasukan dengan jatuhan pin tertinggi ialah:
KLA - 2067 pin
GBK - 1996 pin
KSEL - 1915 pin
KLG - 1794 pin
HL- 1774 pin
Tahniah.
Mari bersedia untuk hari ke-2 (double)

Wednesday, February 22, 2012

Boling Tenpin MSSD Hulu Langat 2012

Tempat: Metro Point, Kajang
Hari 1 (Isnin - 20 Feb) : Bawah 12, 15 & 18 format 4 game
Hari 3 (Rabu - 22 Feb) : Master (top 8 bowlers from Day 1) format 6 game

SKCK menghantar 8 murid bagi acara Perempuan bawah 12 tahun.

Selepas selesai 4 games, 2 murid layak ke acara Master iaitu adik Najla & Alya. Tahniah!

Acara Master memerlukan bowler bermain 6 games. Adik Najla berjaya menduduki tempat ke-2 dengan 666 jatuhan pin (purata 111). Syabas!

Terima kasih yang tak terhingga juga pada Cikgu Norhayati yang menguruskan pengangkutan murid dan urusan rasmi lain.

Selamat berjaya kepada adik Najla apabila mewakili Hulu Langat di MSS Selangor nanti!


====================
Fakta tahun lepas

Boling Tenpin MSS Selangor 2011
Tarikh: 21 - 24 Mac 2011
Tempat: Sunway Pyramid, PJ

Format pertandingan:

9 district x 4 bowlers: 36 bowlers for each category - U12, U15, U18
Day 1: Perseorangan 6 game
Day 2: Bergu 6 game
Day 3: Berkumpulan 6 game
Day 4: Masters 6 game (16 terbaik dari All-Event)

Friday, February 3, 2012

PPSMI Tahun 3,4,5 dan 6 (Tahun 2012)

PPSMI Tahun 3, 4, 5 dan 6 (2012)

SK CONVENT KAJANG

PPSMI Tahun 3, 4, 5 dan 6

Salam,

Kepada semua ibubapa/penjaga murid tahun 3, 4, 5 dan 6 tahun 2012 SK Convent Kajang.

Untuk makluman tuan/puan, pihak sekolah telah bersetuju untuk menggunakan bahasa Inggeris di dalam dua kelas dan kaedah dwibahasa di dalam dua kelas dalam pembelajaran dan pengajaran Matematik dan Sains.

Saya yang menjalankan tugas,

KHATIJAH BT YUSOF

(Guru Besar, SK Convent Kajang)

Tarikh: 3 Februari 2012

Saturday, January 14, 2012

Keputusan UPSR 2011

Sekolah Kebangsaan Convent Kajang

Peratus Lulus Keseluruhan: 94.26%
Bilangan yang mendapat 5A : 74/157 atau 47.1%

Target 2012: 88/152 atau 57.9%

UPSR akan diadakan pada 4,5 dan 6 Sept 2012.

Pencapaian 2011:
- Tempat Pertama dalam daerah Hulu Langat
- Tempat ke-4 dalam Negeri Selangor


Tahun 2010:
- Tempat ke-17 daripada 7697 sekolah seluruh negara