Friday, August 14, 2009

SK Convent Kajang - SK ketiga terbaik di Selangor

Datuk Alimuddin Mohd. Dom
Ketua Pengarah Pelajaran

rujuk portal ini (Utusan Malaysia)

MUKADIMAH

LAPORAN Razak 1956 telah meletakkan asas-asas untuk memupuk perpaduan melalui sistem pendidikan kebangsaan untuk semua, menetapkan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama, menggunakan satu kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.

Hari ini sistem pendidikan kebangsaan sudah begitu berkembang. Bagaimanapun asas dan semangat Laporan Razak masih dikekalkan sehingga hari ini baik dalam kurikulum, kegiatan kokurikulum, pentaksiran dan peranan sekolah kebangsaan (SK). Elemen-elemen perpaduan sentiasa menjadi keutamaan dan diterapkan dalam setiap program pendidikan yang hendak kita laksanakan.

“Cuma cabaran hari ini dan lima puluh tahun sebelum ini berbeza. Dengan adanya globalisasi, usaha memupuk perpaduan tidak boleh lagi berada di takuk lama, sebaliknya perlu diperhebatkan lagi dan perlu relevan dengan cabaran yang dihadapi,” kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd. Dom.

Dalam wawancara dengan Utusan Malaysia, beliau turut menjelaskan bahawa semua ini sedang Kementerian Pelajaran laksanakan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010 melalui pelbagai program, termasuk usaha memperkasa sekolah kebangsaan, pra-PLKN dan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP).

MEMPERKASA SK adalah salah satu dari enam teras dalam PIPP. Apakah matlamat yang ingin dicapai melalui teras ini?



Kita tidak boleh membandingkan pencapaian sekolah di bandar dengan sekolah yang berada di luar bandar atau di kawasan pedalaman. Adalah lebih adil untuk membandingkan pencapaian sekolah yang berada di lokasi hampir serupa misalnya pencapaian SK dan SJK di Lembah Klang.

Di Selangor misalnya, sekolah terbaik dari segi Gred Purata Sekolah (GPS) dalam UPSR tahun 2007 adalah SK Taman Megah, diikuti oleh SK Convent (1) Klang dan SK Convent Kajang. Pada tangga ketujuh barulah ada sekolah dari aliran lain.

Begitu juga di Kuala Lumpur. Sekolah dengan GPS terbaik adalah SK Bukit Damansara, diikuti dengan SK Seri Bintang Utara dan SK Taman Maluri. Di tangga ke-13 barulah ada sekolah-sekolah dari aliran lain.

1 comment:

  1. UPSR 2007 - SK Convent Kajang No 3 in Selangor.

    Tahniah kepada semua guru-guru, kakitangan sekolah dan PIBG yang amat dedikasi. Teruskan kecemerlangan ini.

    ReplyDelete