Friday, November 20, 2009

Keputusan UPSR 2009 - SK Convent Kajang

Jumaat, 20 Nov 2009

Kelihatan guru-guru sedang sibuk menyediakan pelajar untuk majlis Anugerah Kecemerlangan yang sepatutnya bermula jam 8 pagi.

Upacara dimulakan sedikit lewat dengan persembahan tarian 1Malaysia, diikuti 2 lagu yang disampaikan oleh kumpulan koir. Seterusnya persembahan tarian moden dan persembahan nyanyian solo.

Majlis penyampaian sijil (berserta boucer diskaun sumbangan Czip Lee Book Store) dimulakan dengan murid cemerlang Tahap 1 (Tahun 1 & 2).

Kemudian, majlis diselikan dengan persembahan tarian rap. Seterusnya murid cemerlang Tahun 3 menerima sijil penghargaan.

Majlis berehat jam 9.30 pagi.

Beberapa ibu-bapa cuba mendapatkan Pengetua, Pn Rapicah untuk mengetahui berita terkini keputusan UPSR yang dikeluar semalam (Khamis). Menurut pengetua, prestasi tahun ini sedikit menurut dengan 55 murid mendapat keputusan 5A dalam semua matapelajaran.

"Tahniah diucapkan kepada Pengetua serta guru-guru yang bertungkus-lumus melahirkan pelajar cemerlang. Tahniah & Syabas"

p/s: Dengar khabar angin, PPD Hulu Langat mendapat Pencapaian Terbaik UPSR Daerah dalam Selangor. Syabas!

~ bapa pelajar 3 Orkid ~

No comments:

Post a Comment