Monday, December 17, 2012

Semakan Tawaran ke SPB

Rujuk http://www.sekolahmalaysia.com/

Sukacita dimaklumkan bahawa semakan tawaran ke Tingkatan 1 (SATU) ke Sekolah Kawalan di bawah Jabatan Pelajaran Negeri (Sekolah Kawalan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(SMKA)) Ambilan Januari 2013 bagi murid-murid Tahun 6 Sesi 2012 (kecuali permohonan dari negeri Perak) boleh dibuat melalui sistem online Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) bermula pada 17 Disember 2012 selepas jam 2.30 petang hingga 31 Disember 2012. Sila layari Laman Web http://parents.sekolahmalaysia.com untuk membuat semakan. Semakan melalui sms juga disediakan dengan menaip MOE KWLAngka Giliran UPSR (contoh: MOE SKWL AG9999999) kemudian SMS ke 15888 mulai 17 Disember 2012 selepas jam 2.30 petang hingga 24 Disember 2012.

Untuk semakan tawaran ke Tingkatan 1 (SATU) ke Sekolah Kawalan di bawah Jabatan Pelajaran Negeri untuk Kelas Kawalan, Kelas Rancangan Khas (KRK) dan Kelas Aliran Agama (KAA) Ambilan Januari 2013, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) masing-masing untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment