Monday, July 9, 2012

UJIAN APTITUD SEKOLAH RENDAH (UASR) BAGI MURID TAHUN ENAM




UJIAN APTITUD SEKOLAH RENDAH (UASR) BAGI MURID TAHUN ENAM

Latar Belakang
Apakah Ujian Aptitud Sekolah Rendah?
Apakah tujuan UASR?
Apakah yang diukur oleh UASR ?
Apa beza UASR dan Ujian Pencapaian?
Bagaimana format UASR ?
Siapakah kumpulan sasaran pertama UASR?
Bilakah UASR dilaksanakan?
Bagaimana UASR dilaporkan?
Cadangan & Kesimpulan

UPSR:
satu mekanisme untuk melaporkan pencapaian murid dalam pembelajaran di sekolah rendah

digunakan juga sebagai kaedah pemilihan ke SBP dan sekolah-sekolah lain seumpamanya

Persoalan:
Adakah UPSR sesuai untuk memilih murid ke sekolah-sekolah yang khusus seperti Sekolah Sukan, Sekolah Seni, Sekolah aliran Agama dan sebagainya?

Persoalan:
Bolehkah UPSR meramal kejayaan murid dalam bidang- bidang tertentu?

Pemilihan murid harus mengambil kira kebolehan am, minat dan kecenderungan, bakat, serta potensi murid untuk berjaya dalam bidang-bidang berkenaan

Mahukah kita ubah senario dalam sistem pendidikan kita?

1. Murid berlumba-lumba mendapatkan sebanyak mungkin A dalam peperiksaan tanpa memahami kekuatan dan potensi
2. Guru berlumba-lumba untuk menghabiskan sukatan pelajaran tanpa mengenali dan memahami
keperluan dan potensi murid
3. Ibu bapa berlumba-lumba untuk membandingkan bilangan A yang diperoleh anak masing-masing tanpa
mengenali dan memahami kekuatan dan potensi sebenar anak
4. Kertas ujian dan keputusan UPSR dianggap amat berharga; menjadi buruan kerana melibatkan peluang ke sekolah terpilih

Apa yang mewajarkan perubahan?
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

TUMPUAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi (kapasiti) individu secara menyeluruh dan bersepadu

MISI KEMENTERIAN PELAJARAN

Menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi Malaysia
( Misi Nasional )

KURIKULUM KEBANGSAAN

Selari dengan falsafah dan objektif pendidikan kebangsaan KBSR diperkenalkan pada 1983 dan KBSM pada 1988; pentaksiran dilihat dari perspektif yang lebih luas. Pentaksiran dianggap sebagai sebahagian daripada kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, memainkan peranan dalam proses pemilihan, akauntabiliti, pemulihan, diagnostik, bimbingan, dan penentuan keperluan pembangunan pendidikan.

Apa yang mewajarkan perubahan?
PIPP (2006-2010)Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010

Lembaga Peperiksaan sebagai agensi pelaksana untuk memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik

Teras Kedua: Membangunkan Modal Insan
Sistem pentaksiran dan penilaian yang lebih holistik
Pendekatan pentaksiran berasaskan sekolah

Teras Keenam: Melonjakkan Institusi Pendidikan
Merintis perubahan dan pembaharuan
Fokus dan strategi pelaksanaan dengan melaksanakan projek rintis

Untuk membuat perubahan…

Kita perlu bercakap juga tentang keperluan mendesak untuk segera menginsankan pentaksiran dalam pendidikan agar proses pembentukan modal insan menjadi lebih berkesan.

Insan

Kepelbagaian:

Pelbagai dimensi
Pelbagai kebolehan / keupayaan
Pelbagai minat
Pelbagai bakat
Pelbagai personaliti
Pelbagai perasaan
Pelbagai pilihan
Pelbagai kemahiran
Pelbagai budaya dan kepercayaan
Pelbagai kaedah

Bagaimana berubah?
KURANGKAN KEBERGANTUNGAN KEPADA GRED ; SKOR DARIPADA PEPERIKSAAN (e.g. UPSR) Jangan jadikan satu-satunya indikator kebolehan murid

Bagaimana berubah?
PERKENALKAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK UNTUK MENGUMPUL DATA DAN MAKLUMAT DIRI MURID (PERSONALITI DAN POTENSI) YANG BOLEH MEMBANTU PEMBELAJARAN

LATAR BELAKANG
Saranan KPPM:

adakan satu ujian pemilihan murid ke Tingkatan Satu

Tindakan

LPM mencadangkan:

Ujian Aptitud Sekolah Rendah

Apakah Ujian Aptitud Sekolah Rendah?
Apakah tujuan UASR?
Apakah yang diukur oleh UASR ?
Apa beza UASR dan Ujian Pencapaian?
Bagaimana format UASR ?
Siapakah kumpulan sasaran pertama UASR?
Bilakah UASR dilaksanakan?
Bagaimana UASR dilaporkan?
Kesimpulan

Apa itu Ujian Aptitud Sekolah Rendah?
Sejenis ujian psikometrik (ujian yang mengukur trait psikologi seperti kebolehan am, potensi, personaliti)

Ujian yang mengukur potensi murid sekolah rendah untuk berjaya dalam pembelajaran yang akan dilaluinya di masa hadapan mengikut kebolehan, minat dan kecenderungan

Ujian yang mampu meramalkan kejayaan murid dalam program pembelajaran yang dirancang khusus untuk mereka

Satu alat pentaksiran alternatif yang boleh digunakan untuk tujuan pemilihan


Tujuan Ujian
Untuk mendapat data bagi tujuan pemilihan murid-murid yang layak memasuki program khusus pendidikan seperti SBP, Sekolah Sukan, Sekolah Seni, Sekolah Men Agama dan tujuan pemilihan yang lain.

Konstruk yang diukur

Meliputi potensi intelek yang diwakili oleh:

Kemahiran Berfikir
Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan
Minat, Kecenderungan dan
Kesediaan

Apa bezanya?
Ujian Pencapaian mengukur setakat mana murid telah menguasai pembelajaran (menoleh ke belakang)

Ujian Aptitud mengukur potensi murid untuk berjaya dalam pembelajaran
(memandang ke depan)

Ujian Pencapaian merujuk kurikulum

Ujian Aptitud tidak memerlukan kurikulum

Format Ujian
Satu kertas ujian objektif aneka pilihan mengandungi tiga Bahagian dengan 61 item. Masa - 90 minit.
Tiga bahagian adalah seperti berikut:

Bahagian I: Kemahiran Berfikir (20 item)
Bahagian II: Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan (20 item)
Bahagian III: Minat, Kecenderungan (20 item) Kesediaan (1 item)

Bahagian I: Kemahiran Berfikir

Berfikir secara verbal – kebolehan melihat hubungan antara perkara yang diwakili oleh nombor atau abjad atau perkataan atau rangkai kata dalam suatu siri, analogi atau logik.

Berfikir secara non verbal – kebolehan melihat hubungan antara beberapa objek yang diwakili oleh bentuk atau corak dalam suatu siri, analogi atau persamaan

Bahagian II: Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan

Kebolehan menyelesai masalah dalam konteks kehidupan seharian (rutin) dan juga tidak rutin berdasarkan situasi yang dicipta

Bahagian I dan II:
Bah I - Kemahiran Berfikir (20 item)
Bah II - Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan
(20 item)
4 opsyen (A, B, C, D)
Ada kunci jawapan betul

Bahagian III: (Minat, Kecenderungan & Kesediaan )
Tiada jawapan salah
Murid perlu menjawab secara jujur ikut minat, kecederungan dan kesediaan
5 opsyen: Setiap pilihan jawapan A – E memberi petunjuk minat dan kecenderungan
Item 61 tentang kesediaan murid tinggal di asrama

Contoh-contoh soalan:

Kemahiran Berfikir Secara Verbal

1. Pilih huruf yang sesuai untuk mengisi tempat kosong bertanda ( ) bagi urutan berikut:
H, K, N, Q, ( )
A P B R C S *D T

2. Jika Siang :: Malam maka Panjang ::
A Bulat B Kurus
*C Pendek D Rendah

Contoh Soalan:
Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Empat beradik Along, Angah, Uda dan Ucu membahagikan wang sebanyak RM1000 seperti berikut:
Along mendapat sebanyak jumlah wang Uda dan Ucu. Jika Angah mendapat RM400, berapakah wang yang diterima Along?

A RM150 B RM200 *C RM300 D RM600

Minat dan Kecenderungan

Antara berikut, apakah yang paling anda minati?

A Menyanyi B Memanah
C Mengaji D Membaca

Contoh Soalan: Kesediaan
Antara berikut, yang manakah pilihan anda untuk bersekolah di Tingkatan Satu?

A Tinggal di rumah dan bersekolah di sekolah berhampiran rumah anda
B Tinggal di asrama yang tidak berapa jauh daripada rumah anda
C Tinggal di asrama yang jauh daripada rumah anda
D Tinggal dan bersekolah di mana-mana sahaja


5 comments:

  1. Salam 1 Malaysia kepada pelajar2 dan cikgu-cikgu.

    Bagi pendapat saya, Ujian aptitud adalah sangat bagus utk pembinaan modal ehsan. Tapi memandangkan ujian ini baru diperkenalkan pd tahun 2009, mungkin pelajar kekurangan bahan belajar & cikgu-cikgu pula tiada bahan mengajar kerana tiada siliibus yg spesifik.Pendapat saya, hanya dari pengalaman sahaja yg dapat membantu pelajar utk mempunyai kekuatan kemahiran berfikir.

    Saya nak kongsi 1 buku ujian aptitud.Mungkin yang pertama diterbitkan di Malaysia sejak ujan ini dimulakan pada tahun 2009.

    Buku "...FIKIRLAH SENDIRI" dicipta khas utk membantu pelajar2 cekap berfikir. Ia juga boleh jadi bahan bantuan mengajar untuk guru2.

    Buku ini baru diterbitkan dlm bulan julai 2012 dari JT PUBLICATION dan sedang 'panas' dipasaran terutamanya di sekolah2 area Terengganu, sekarang mula menular ke sekolah2 seluruh Malaysia.Untuk info selebihnya saya share link ini utk semua ibu bapa pelajar & guru-guru utk sama2 'like' dan support subjek akademik ini.

    http://www.facebook.com/UjianAptitudUPSR

    Semoga pelajar2 dapat dibantu menghadapi Ujian Aptitud dengan ujian2 di dalam buku "...Fikirlah Sendiri"

    terima kasih.

    ReplyDelete
  2. saya rasa soalan 1 jawapannya ' T '

    ReplyDelete
  3. saya rasa soalan 1 jawapannya ' T '

    ReplyDelete